Terma & Syarat
Pembelian & Penggunaan
![]()
Berikut adalah terma dan syarat untuk "Ebook Panduan VCC" . Dengan membaca terma dan syarat ini, maka anda terikat sepenuhnya terhadap perkara tersebut.
Harga Ebook, Pengkhususan, Hak Eksklusif dan Ruang Forum Khas
1. Harga tetap untuk Ebook ini adalah RM40.00, melainkan jika pihak kami, panduanvcc.com, melakukan sebarang promosi atau potongan harga atau dalam maksud yang lain menurunkan kepada harga yang lebih murah, maka harga akan kurang daripada jumlah tersebut. Pihak kami juga berhak menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.
2. Harga RM40.00 adalah untuk "Ebook Panduan VCC" sahaja. Lain-lain 'bonus' adalah bahan tambahan semata-mata dan tidak tertakluk kepada harga pakej ini. Maka, bonus yang dinyatakan di laman "sales letter" bila-bila masa boleh diberhentikan penawarannya.
3. Jika kami dapati anda menggunakan ebook yang diperolehi daripada sumber yang haram (cetak rompak), maka kami akan menggunakan apa sahaja cara termasuk tindakan undang-undang. Pakej ebook ini hanya boleh diperolehi melalui laman web www.panduanvcc.com sahaja.
4. Ebook Panduan VCC ini lebih menumpu kepada "Panduan Asas VCC". Ebook ini tidak sama sekali mengajar secara khusus mengenai program affiliate, google adsense atau cara buat duit dengan cara-cara yang lain. Namun ia akan disentuh juga secara umum sahaja.
5. Hanya pembeli yang sah sahaja yang berhak menggunakan segala kelebihan dan bonus eksklusif seperti yang dijanjikan di laman utama web ini.
6. Ruang Forum Khas iaitu sebuah laman sokongan untuk pembeli tidak dijamin akan kekal selamanya. Ia mungkin akan dihentikan pada masa-masa yang tidak dijangka jika keadaan terdesak dan memerlukan tindakan sebegitu.
7. Di ruang Forum khas, pihak kami akan sedaya upaya memberikan bantuan dari segi teknik, tip dan panduan seperti yang dijanjikan di muka surat "sales letter".
1. Pihak panduanvcc.com menjanjikan pulangan wang selama 180 hari dari tarikh anda menerima Ebook ini, namun dengan beberapa syarat 'ketat' seperti berikut:
- Pembeli telah berusaha dengan bersungguh-sungguh mengaplikasikan segala panduan, tip dan teknik yang diberikan di dalam pakej ebook ini. Kami hanya mahu ber-urusan dengan mereka yang serius sahaja seperti yang kami nyatakan di laman utama "sales letter".
- Pembeli yang ingin dapatkan kembali wang bayaran mereka, perlu menunjukkan bukti usaha mereka samada akaun VCC yang telah didaftarkan, hasil semasa usaha tersebut dan beberapa perkara yang akan diminta sewaktu permohonan pulangan kembali wang bayaran. Tanpa beberapa bukti usaha pembeli, pihak kami berhak menolak permohonan pulangan wang.
- Syarat-syarat ketat sebegini dikenakan adalah kerana produk ini adalah digital dan pihak kami tidak nampak apa yang dilakukan oleh pembeli.
2. Bayaran wang akan dipulangkan kembali kepada pembeli dalam tempoh tujuh hari selepas tarikh pengesahan permohonan pulangan wang yang berjaya.
1. Anda (pembeli) mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah di-aturkan agar proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak bermasalah.
2. Anda sebagai pembeli perlulah memasukkan maklumat yang betul ke dalam borang pesanan dan pengesahan bayaran di bahagian halaman pembelian. Kegagalan anda melakukan hal ini dengan cermat, akan melambatkan proses pengesahan pembayaran dan penghantaran link download kepada anda.
3. Link download ebook mestilah dirahsiakan dan hanya 'milik' anda. Jika kami dapati anda mengedarkan link download, kami akan bertindak tegas.
4. Sebarang masalah dengan link download, file rosak (corrupt) atau sebagainya, sila laporkan kepada kami dengan segera untuk kami selesaikan masalah tersebut.
5. Kebiasaannya, file ebook adalah tidak bermasalah, cuma talian internet pembeli yang bermasalah menyebabkan file tidak dapat di-download dengan sempurna. Maka ia adalah di luar daripada bidang kami. Jika ia berlaku, kami akan bantu anda melalui beberapa alternatif lain.
Muka Utama | Pembelian | Terma | Soalan Lazim | Hubungi Kami
|
Penafian : Ebook panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan sekuriti. Strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi di dalam buku ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat. Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin sudah tidak tepat ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan tipografi dan kandungan.Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung. Anda dirayu supaya membaca semua bahan-bahan yang ada, belajar dengan bersungguh dan serius mengenai perkara yang dibincangkan, serta menjalinkan maklumat ini dalam keperluan diri anda sendiri. |
